Berikut adalah beberapa tip dan
pesananan kepada anda yang ingin memulakan perniagaan dari rumah:
1.
Jadual waktu - Anggap kerja dari
rumah sama seperti kerja di pejabat. Pastikan anda mempunyai jadual waktu
bekerja, mula pukul 9 dan tamat pukul 5. Sudah tentu, anda menjalankan
perniagaan dari rumah kerana ingin lebih kelapangan masa untuk meguruskan isi
rumah, bersama anak, memasak, dan sebagainya. Namun amay penting untuk anda
menjaga jadual waktu anda sebaik mungkin dan menganggap perniagaan dari
rumah juga punyai jadual waktu yang anda tetapkan.
2.
Ruang yang tetap - Zaman ini,
perniagaan dari rumah sering kali melibatkan Internet. Hasilkan satu ruang di
rumah anda yang dinamaan “ruang kerja” di mana, apabila anda memasuki ruang
tersebut, mindset anda adalah mindset melakukan perniagaan. Pada mulanya
mungkin anda tidak dapat dedikasikan satu bilik khas untuk perniagaan, tetapi,
mulakan dengan mungkin mendedikasikan satu sudut di rumah anda khas untuk
anda masuki “zon perniagaan” anda!
3.
Sokongan keluarga - Pastikan anda
mendapat sokongan dan fahaman keluarga dalam menjalankan perniagaan dari
rumah. Ertinya, apabila anda di ruang berniaga anda (zon perniagaan) di
atas, ahli keluarga lain faham keadaan di mana anda tidak boleh diganggu. Latih
anak-anak bahawa anda perlu bekerja di ruang itu dan tidak boleh diganggu.
Mungkin bergilir bersama suami/isteri untuk menjaga anak-anak ketika masa
menjalankan perniagaan.
Sememangnya menjalankan perniagaan dari rumah
menjadi impian ramai. Namun, ia tetap mempunyai cabarannya. Dengan disiplin
diri, serta sokongan keluarga, berniaga dari rumah bukan lagi satu impian- ia
akan menjadi realiti!
Sumber:irfankhairi
No comments:
Post a Comment