Wednesday, January 23, 2013
Tuesday, January 1, 2013
3 rahsia untuk ubah hidup
salam semua,
Selamat menjalani kehidupan yang luar
biasa. Amin.
Kali ini, saya akan menjawab
persoalan
berikut:
"Saya ingin berubah. Tetapi
bagaimana untuk memulakan
perubahan itu?"
Jawapannya mudah.
Faham ketiga-tiga elemen di bawah,
dan ubahnya satu
per satu.
Selepas itu, anda akan nampak hidup anda akan
berubah secara total.
Tiga elemen yang dimaksudkan adalah,
1) Thinking.
2) Emotion.
3) Action.
===============
1) Thinking
===============
Minda adalah kuasa. Cara kita
berfikir menentu kejayaan
atau kegagalan dalam hidup.
Jika anda serius mahu berubah, maka
ubah cara
berfikir.
Antara perubahan gaya fikir yang
boleh dilakukan adalah:
Suka salahkan orang lain tukar
menjadi suka bertanggungjawab
pada apa yang dilakukan.
Selalu merendah diri tukar menjadi
sentiasa yakin diri.
Selalu tidak ada duit tukar menjadi
sentiasa mencari alternatif
untuk mengubah status kewangan.
=================
2) Emotion
=================
Emosi adalah kuasa kedua selepas
minda.
90% tindakan kita hari ini
berlandaskan emosi. 10% sahaja
berdasarkan logik.
Oleh yang demikian, kawal emosi kita
dengan baik supaya
lebih dekat dengan kejayaan dan
kekayaan.
Berhenti daripada marah-marah.
Berhenti daripada benci-membenci.
Berhenti daripada caci-mencaci.
Mulakan harian kita dengan
memuji-muji alam dan
manusia sekeliling.
Kemudian berikan senyuman yang
terbaik kepada
seluruh makhluk Allah.
====================
3) Action
====================
Lakukan tindakan yang luar biasa.
Luar biasa bermaksud, tindakan yang
berlainan daripada
apa yang anda selalu lakukan.
Kerana hidup kita tidak akan berubah,
jika kita
asyik melakukan tindakan yang sama.
Same action = Same result.
Walaupun cara kita berfikir dan emosi
sudah berubah,
namun tindakan adalah PENENTUAN.
Ubah tindakan kita menjadi lebih luar
biasa. - Dr. Azizan Osman
Subscribe to:
Posts (Atom)